DISCLAIMER- The existence of Bintang Prius®is not to associate or links to any authority nor to insult anyone. It just a view perspective and personal sharing of Ikhwankaizen Carl®. Not more than that. Any additional information or source from any website or book will be mentioned below the post.Source of some images are taken from the net and no copyright infringement intended.This Weblog also shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Weblog.Thank you.. No somos responsables por el contenido de cualquier sitio web externo, y un enlace a tal sitio no significa su aprobación. La información sobre este sitio puede contener errores o inexactitudes, los propietarios del sitio no se hacen responsables en cuanto a la exactitud o fiabilidad de los contenidos del sitio Web. Muchos Gracias..

Pengembara Prius

Thursday, January 20, 2011

MAAFKAN SAYA! SAYA KUMBANG YANG TAK BRAPE HENSEM!!

Oh Hi Semua,
Post ini khas buat seorang kawan yang setia menemani aku di waktu susah dan senang.... seorang yang agak catchy dan terpaksa melupakan soal hatinya semata mata untuk aku..... aku je wat tak tahu dan wat tak layan beliau..... dia pernah tunjukkan aku mesej pertama yang aku hantar kat dia... masa aku admitted kat wad sebab denggi 14hari februari tahun lepas.... masa tu aku mesej dia soh dia belikan sebotol air 100 plus, ubat gigi dan berus gigi..... you guess what dia belikan majalah feveret aku sama, Galaxie.... masa tu seingat aku gambar cover pompuan seksi.. heh.. bekalih (barangkali).... tapi dia pernah cakap sama aku... dia mula sukakan aku sejak bulan April, Mei, Jun... O'my Gosh.... pastu aku tak taulah..... kami kerap gaduh.... memang best ar gaduh... tapi dia cakap tak jantan la gaduh dengan pompuan... cuba ko gaduh ngan mana mana lelaki... aku cakap... gila ko nak bagi aku bertumbuk sampai lebam.... habislah muka aku yang tak berape nak hensem ni.... 
So masa birthday aku 05 September tahun lepas dia temankan aku pergi celebrate kat The Garden... T.G.I Fridays... only her.... kawan kawan yang lain buat2x macm sibuk bekerja :-( masa tu kan bulan puasa siap tukang hidang tue wat pengumuman buka puasa dan bagi kurma bagi kami... hehe.. yang lucunya dia tersilap makan yang aku punya... then sampai separuh makan... aku mintak tukar.... giler kan aku.. giler kan mamat yang tak berape nak hensem ni... heh.. dan part yang paling lucu adalah part dia mengunyah daging liat... hehe... padan muka... huh... jahat siot aku... penat je aku tengok dia sebab sebelum tu dok heret dia ke sana ke mari.

* aku jadi stalker kat blog dia.. so banyak jugak post dia yang buat aku 'terasa' i means cara baek la... dia cakap masa besday dia akan datang:-
  • cruise Tasik Putrajaya 
  • ke puncak Broga Hills (part ni aku suka)
  • look up point Ampang
tue je kowt yang dia rancang untuk besday dia....

korang nak tahu...... sebenarnya besday dia tue jatuh pada tanggal 20hb Januari iaitu HARI INI..... aku ulang sekali lagi HARI INI, HARI INI aku telah membuatkan dia merasa sedih kerana aku pernah keluarkan statement ini kat dia 
 *Money is more important than you....*
yelah hari ni kan PH. Maafkan saya yer awak.... saya pentingkan diri sendiri... saya ingat awak bila saya tengok Citer When In Rome, Letters to Juliet dan Life As We Know It!!

HAPPY BIRTHDAY HANA SAKURAJI
I HEART YOU

Notakaki: eh! ko da tua beb... dah tua.. heh... dahlah awak sy nak sambung keje ni... :p
FYI Bintang Prius diwujudkan untuk merapatkan saya dengan orang orang yang menyayangi saya... dan saya pun sayang diorang.. heh 

AKU SUKAKAN BINTANG KERANA BINTANG SETIA MENEMANIKU


Thanks for checking out the site! fetch you with update later.There's a lot you can do on here, If you like my post on MAAFKAN SAYA! SAYA KUMBANG YANG TAK BRAPE HENSEM ... feel free to leave a comment...i would love to know what you're thinking...TQ... mekaseh yer!!! -Bintang Prius  

Wednesday, January 19, 2011

GIVE AWAY GIFT 4 11TH

Oh Hi Semua,
Oleh kerana Bintang Prius ini masih baru dalam dunia blogsphere, Maka aku ingin membuat satu pengumuman penting to honour the 11th follower of Bintang Prius.. this is just for fun..

Untuk follower yang ke-11 Bintang Prius, anda akan dibelanja aku:
  • satu set pizza hut sama ada di Suria KLCC atau Pavilion Bukit Bintang*
  • tiket wayang untuk menonton movie box office yang latest*
  • 2 set permainan boling/ karaoke*
  • Bintang Prius mystery gift
* untuk yang bertanda bintang tue anda berpeluang mengajak 2 orang lagi rakan anda
( copy gambar bintang ni untuk dimasukkan dalam post anda)

Syarat syarat:
  • anda merupakan follower yang ke-11
  • anda adalah seorang blogger
  • 2 orang rakan yang anda ajak itu mestilah blogger juga
  • anda merupakan blogger yang berada di Lembah Klang atau yang senang nak turun KL tuntut hadiah
  • anda membuat satu post khusus untuk promote Bintang Prius dan signifikan nombor 11 dalam hidup anda 
  • mesti masukkan gambar bintang di atas dalam post tersebut
  • hantar e-mail to ikhwankaizen@gmail.com for notification
  • terbuka kepada warga Malaysia sahaja
  • valid sehingga 11hb Februari 2011 sahaja
Thanks for checking out the site! fetch you with update later.There's a lot you can do on here, If you like my post on GIVE AWAY GIFT 4 11TH... feel free to leave a comment...i would love to know what you're thinking...TQ... mekaseh yer!!! -Bintang Prius  

Tuesday, January 18, 2011

VAMPIRES YANG CUBA NAK GIGIT ARNAB BIRU

Oh Hi Semua,
Malam ni Full Moon....
Setelah 6 hari berehat dari aktiviti tak bermoral di Bintang Prius, aku kini membuat keputusan untuk terus membuat coretan secara gigih di sini... tujuan aku satu untuk berkongsi... dan sebagai peringatan buat diriku yang selalu lupa... agar bila mana 2012 menjelma... aku dapat mengimbas kembali apa yang aku da buat... so i just simply be myself and this is my life.... hey!!! welcome to my world!!
Dunia kecil bagi seorang lelaki yang berjiwa besar
hehe... teringatkan kata kata kat  Kerajaan Liliput dalam Gulliver's Travel... Tadi lepas balik keje kul 9 malam, aku ke Putra beli tiket balik kg for this CNY tahun arnab beb... satu tahun untuk playboy macam aku... heh.. bekalih (barangkali) eh taklah... tahun kelahiran aku... tak macho la tahun arnab ni... aku nak tahun singa.....so baliklah aku kg dari 31hb Januari hingga 6hb Februari.... makan besar lah aku yer...

Hari Ahad hari tu aku pergi Putrajaya, niat di hati nak pegi tengok Pameran Batu Meteor kat Muzium Alam Semulajadi Presint 15.... you know what.... 
adik, FYI Muzium ni ditutup pukul 5 petang... 
so kitaorang pun sekadar mengutip batu batu kerikil kat Masjid Besi untuk dibawa pulang ke lab. Tapi sempat shopping kat Alamanda.. heh.. MPH jer pun... beli Majalah M2 (The Complete Lifestyle Magazine For The Malaysian Man), Novel 'Dear John' Nicholas Spark dan Guitar Chords versi panduan kocek  pocket guide.. Nanti aku ajar erk korang cara cara nak maen gitar ni... 
VAMPIRES VS WAREWOLF


Thanks for checking out the site! fetch you with update later.There's a lot you can do on here, If you like my post on VAMPIRES YANG CUBA NAK GIGIT ARNAB BIRU... feel free to leave a comment...i would love to know what you're thinking...TQ... mekaseh yer!!! -Bintang Prius  

Tuesday, January 11, 2011

SORRY GUYS...



-OFFLINE 11/1/11-
till
next week


Thanks for checking out the site! fetch you with update later.There's a lot you can do on here, If you like my post on SORRY GUYS... feel free to leave a comment...i would love to know what you're thinking...TQ... mekaseh yer!!! -Bintang Prius 

Monday, January 10, 2011

ANNA RAFALI DAN EN. EYE MO...

Oh Hi Semua,
Semalam aku kerja malam Nite Call, so consider hari ni aku masuk kerja balik pukul 1 petang hingga 9 malamlah... Kebiasaannya kalau aku kerja macam ni aku takkan ke Gym biarpun Gym tutup pukul 11 malam... biarpun tempat kerja dengan Gym... dan rumah dengan Gym tak sampai 11 minit perjalanan pun.. Kadang kadang badan juga perlukan rehat... Sebagaimana kata kata Personal Trainer aku.. bekalih (barangkali) yang aku akui kebenarannya....
Macam biasa aku singgah drive thru gerai Mak Cik belakang rumah, beli Nasi Berlauk (Ikan) for breakfast..Tengah aku menikmati makan pagi aku dan satu biji pil minyak ikan.. , Adam housemate aku balik rumah.. Ohh, dia pun kerja malam jugak...
Anna Rafali
Anak sapa la ni erk... comel lah
Di kaca TV ada rancangan Malaysia Hari Ini yang menampilkan 2 pengacara wanita hebat iaitu Abby Fana dan Wardina Saffiya.... menemubual seorang penyanyi Anna Rafali, juara AJL ke- 25.... Ohhh semalam ada AJL rupanya... sian kat aku kan... sibuk bekerja hingga isu semasa pun tak tahu.. haha... meh gelak ramai ramai kat aku.... Oit tapi current news aku baca online tau... kira hari hari update.... nasib aku bukak TV3, kebiasaannya aku bukak NTV7 je for breakfast show Daphne Iking dan Hansen Lee..JP, Sharifah... takpun si Nazrudin Rahman a.k.a Nas ala bekas pengacara Kelab Disney Malaysia masa aku sekolah dulu... best2x.. So, apa yang aku nak cakap Anna Rafali ni hot le... siyes.. sempat gak la aku tengok sedutan footage dia malam tadi kat MHI... dalam masa yang sama aku sedang gigih membasuh labcoat... almaklumlah aku ni jenis yang payah sikit nak pakai... bila da kena sound mulalah gelabah tercari cari di mana labcoat kerjaku... haha...   uih penat betul aku membuat kerja kerja laundry nih... 

Kes kehilangan Encik Eye Mo...
akhirnya aku jumpa jugak En. Eye Mo bulan 11 aku.... yang dalam kotak tue yang aku baru beli bulan lepas kat Watson KLCC..
Last, aku google kat net and guess what i found, a personal weblog of Anna Rafali.... Eurm... and one more thing.. ada khabar angin facebook akan ditutup secara rasminya Mac ini, betul ke??? sedih le aku camni... dahlah....
See you guys in the next post... 
Notakaki: merapu jap sebelum tido 2 jam...
Thanks for checking out the site! fetch you with update later.There's a lot you can do on here, If you like my post on ANNA RAFALI DN EN. EYE MO feel free to leave a comment...i would love to know what you're thinking...TQ... mekaseh yer!!! -Bintang Prius 

Mungkin anda juga suka ini dan ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...